Followers

Wednesday, September 19, 2012

DUGAAN ITU MILIK ALLAH

Ya ALLAH....sesungguhnye terlalu berat dugaan yg kau turunkan buat hamba mu ini..tak tertanggung rs nye kesakitan dan kesedihan yg ku rasakan..seperti mahu sahaja aku mengalah dengan semua dugaan ini..xmampu rasanya lagi untuk ak teruskan ketabahan dan kekuatan yg selama ini ku pertahankan...sesungguhnye dugaan dan segala pjalanan di muka bumi ini ada la milik mu...mmg btol , ALLAH xkn mnurunkan dugaan jika manusia xmampu untuk melaluinye....tp bagaimana kuat sesorg hamba tue cuma die yg mengetahui...

sebelum nie, aku dikejutkan dari lena yg panjang...bahawa ak masih diperbodohkan org kawan2 ku...tanpa aku sedari kehadiran aku dikalangan sahabat ku hanya la sbg alat tuk menyelesaikan masalah..benar kata pepatah "abis manis sepah dibuang"..mmg bssuaian ngan situasi aku ketika itu..tlalu sakit rsnye apabila org2 yg aku syg menganggap aku seperti sampah...hanya linangan airmata yg mampu membasuh luka dan kepahitan di dalam hati ku...sehingga skrg ak masih terluka tp ak cuba untuk bangkit dr kesakitan dan kekecewaan ne..biarla hbgn psahabt0atan ne tlerai jika itu yg tbaek...

sekarang ak di uji lg ngan kerenggangan hgbn ku ngan org yg aku syg sekali lg...hanya krana ak xmpu untuk memenuhi kehendak die ak di anggap sprti manusia yg x mempunyai perasaan..salahkah aku membuat keputusan yg menyenangkan aku sendiri??salahkah aku jika xmahu memenuhi kehendaknorg laen??suda lama rs nye aku memendam rasa dan xsiapa pon yg faham perasaan aku....kenapa setiap kebaikan yg aku lakukan masih menunjukkan yg aku buruk??kenapa aku masih diperlekehkan oleh org2 yg aku syg??kenapa keburukan dan aib aku diceritakan kpd smua org??

YA ALLAH.... aku da xmampu untuk melalui semua ne...da xttggung rsnye kesakitan dan kesedihan ne....
MAK & ABAH .... adek da xmampu nk kuatkn hati untuk hadapi smua dugaan ne sorg diri...adek da xde sape2..da xde sape2 yg boleh menyuntik semangat lagi buat adek...kenapa adek dilayan sebegini rupa oleh semua org??apa salah adek??



4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt....

    Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta, tanpa SAHABAT/TEMAN. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

    Allah swt berfirman;

    "Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]

    "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

    Bila diuji, bersabarlah wahai hati.

    Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

    Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..

    Atau bagaimana?

    Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

    ...continue...

    ReplyDelete
  2. ...continue...

    Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

    Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

    Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;

    "Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." - [Surah Al-Israk:30]

    Wang,harta, teman yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia 'pergi' dari kita.

    Allah swt berfirman berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;

    "Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?"

    Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.

    Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;

    "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat." - [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

    Mungkinkah cara kita bersahabat itu tidak diberkati oleh-Nya?

    Atau mungkin kita tidak meletakkan sepenuhnya "bersahabat" dan " berkasih sayang" semata mata kerana Allah?

    Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kasih sayang antara sahabat) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.

    Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.

    Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.

    Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

    Firman Allah;

    "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11].

    Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

    Allah berfirman lagi;

    "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]

    "Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

    Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

    Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".

    Muhasabah buat diri ini. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.

    Amin ya rabb.

    ** UJIAN YANG DI LALUI ORG BAGINDA RASULULLAH SAW ADALAH LEBIH HEBAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN UMATNYA **

    Ya Allah, jadikanlah diriku seorang hamba yang TABAH dan SABAR dalam setiap ujian dan dugaan yang KAU berikan kepadaku samada dalam bentuk KESUSAHAN atau KESENANGAN.. dan jadikanlah setiap ujian dan dugaan itu dapat aku lalui dalam keadaan yang TENANG serta ADA JALAN PENYELESAIANNYA...

    AMIN...

    INGAT DAKU DALAM SETIAP DOAMU...

    -SAHABATMU-

    ReplyDelete
  3. thanks di atas komen anda wahai sahabat...sedikit sebanyak ia menyuntik kekuatan buat diri ini smula and memimpin diri nie smula ke landasan yg sepatutnye..insyallah...aminn....

    ReplyDelete