Followers

Friday, January 9, 2015

BODOHKAH AKU?

permulaan tahun baru 2015 yg menyakitkan buat aku.. kecewa, sedih, sakit aty & geram bersatu menjadi satu.. da rasa diri ne terlalu bodoh bile kesilapan dalam membuat keputusan yg sama berulang kali berlaku.. kerana hidup terlalu memikirkan kesenangan dan kesusahan orang lain, hidup aku pulak yg susah & menderita.. selama 26tahun aku hidup, perkara seperti nie seperti satu perkara wajib yg mesti aku lalui.. diberi janji tetapi mesti akan dimungkiri.. dan dengan buat baek, semua perkara bakal selesai tanpa memikirkan pulak kesusahan yg aku tanggung.. memang aku bodoh!! bodoh kerana sentiasa tertipu dengan permainan kata-kata dan janji kosong manusia tidak berhati perut & selfish...

jika sebelum ne segala hutang aku dianggap seperti langsai oleh BELIAU, tp kali ne kesabaran aku seperti sampai ke kemuncak.. xkira lah jika die berstatus keluarga dengan aku sekalipun.. hutang tetap hutang.. janji tetap janji.. setiap kali aku yg kena hadap semua kesusahan nie seorang diri.. aku yg terpaksa berlapar.. aku yg terpaksa tahan keinginan untuk membeli.. aku yg terpaksa sekat kemahuan usia muda aku.. aku yg terpaksa memberi keselesaan kepada orang laen melebihi keselesaan aku sendiri.. aku yg terpaksa faham segala kesusahan dan keperitan yg dirasa oleh kalian demi memastikan kalian hidup senang.. 

jika kalian menganggap ape yg berlaku sekarang nie satu perkara remeh dan mudah tp tidak bagi aku.. biar lah orang mengatakan hidup aku xmaju tp satu perkara yg aku yakin.. AKU MANUSIA YG MENEPATI JANJI & MASA... paling pantang dalam kehidupan aku bile orang mungkir janji dan berharap aku memahami setiap masalah yg kalian hadapi... kalau diikutkan hati yg sakit ne, aku memang nk sangat bersemuka dengan manusia yg banyak menyusahkan kehidupan aku ne tp ak masih berfikiran jauh kerana satu hati yg terlalu ingin aku jaga iaitu KAKAK ku... 


No comments:

Post a Comment